satu demi satu,
situasi demi situasi,
dugaan demi dugaan,
ini semua berakhir dengan satu,
kekecewaan.
tapi mana mungkin mampu merungut sedang kan ia terang tertulis pada takdir,
dari azali lagi,
setiap pilihan yang dibuat memang sudah tetap,
cuma ia perlu dilalui demi proses kematangan.
and i survive, kaki ini masih kuat untuk berdiri tegak.
dari mana datang kekuatan tuhan saja yang tahu.
dari keikhlasan barang kali,siapa tahu?.
dan kekecewaan ini masih berlaku.
pilihan tadi tidak pernah mengikut kehendak hati sedang kita tahu,
satu-satu perkara yang xkan menipu adalah hati.
dan pilihan seterusnya mungkin tetap akan beri perit pada hati.
hampa dan kecewa mungkin dah menjadi darah yang mengalir dalam tubuh.
tapi yang mereka patut tahu,
hati ini tidak pernah selesa duduk ditempat yg mana ia menyusahkan orang lain,
hati ini tidak tinggal ditempat yang ia menyeksa orang lain,
hati ini tidak akan sekali menjadi punca penyesalan hidup yg lain.
dan pilihan dibuat bila semua ini telah terang berlaku d depan mata.
dan kekecewaan itu sudah menjadi udara sumber ia bernafas.
jika mereka mampu memahami bahasa angin,mereka akan faham.
kerana udara itu membawa seribu bahasa hati.
untuk mulut ini membahas kan seribu perkataan hati, itu tidak mungkin berlaku.
No comments:
Post a Comment