ruang yang aku perlu adalah ruang untuk bebas melakar hati, baik di kanvas mahupun teknologi.

simplest thing i ever tell.

My photo
ke kiri kanan depan atau belakang, hasilnya tetap satu.

Oct 31, 2013

dunia

dunia
kadang xberputar seperti yang diingin,
tapi syukur
sekurangnya kita masih mampu berdiri

dunia
kadang xbergerak seperti yang disangka kan,
tapi xmengapa
sekurangnya kita masih dikelilingi orang baik

dunia
kadang buat manusia tertekan
tapi apa kan daya
setidaknya ia bakal jadi pengalaman

dunia
kadang xterbaca apa isinya
tapi xpe
hakikatnya itu adalah warna.

dunia
kadang rasa seperti mahu terbalik
tapi relaks lah,
itu dinama kan takdir

dunia
kadang xpernah dengar rintihan hati
tapi salah
itu kerja tuhan bukan dunia

dan kita
masih lagi ada didunia
apa cara sekalipun
selagi hayat masih dikandung badan
selagi jasad masih bernyawa
selagi roh tidak dicabut malaikat
jangan sesekali menidakkan takdir

kerana atas dasar takdir dunia berputar.

azreena 1030 a.m united kingdom





Sep 14, 2013

Rajuk

15 hari macam 15 tahun.
sehari ke sehari macam menunggu bulan purnama dtg.
kaki dah xbetah berpijak di bumi.
setidaknya bukan di bumi yang sekarang.

malam xpernah kosong tanpa mimpi.
siang xpernah lekang tanpa mainan fikiran.
otak sentiasa berjalan.
bagai tiada button stop.
hanya rewind.

saja sorok kan semua,
xdelah nanti terasa.

saja tinggalkan semua,
setidaknya nanti xde yg berkata.

saja keras kan hati,
supaya nanti xde lah terluka.

memang xsabar,
untuk bla dari sini.
agak rude,
tapi itu hakikat.

apa saja yang ada disini,
semua memberi kesan.
bukan kerana benci,
tapi kerana sayang.

sayang yang terlalu tebal,
sampai terasa rajuk tu bakal berpanjangan.

ini kerja tuhan,
bukan aku yang tetapkan.
setidaknya bila aku biarkan tuhan tolong selesaikan.
ringan x hidup?

mata xbetah memandang setiap wajah yang dah lama terpahat dalam hati,
bukan kerana meluat,
tapi kerana setiap wajah itu sentiasa kecewa.

harapan tu terlalu tinggi,
impian tu terlalu berseri,
ia milik kalian,
tapi yang bakal terduduk itu aku.

hati dah mati,
dendam amat dalam,
sendu nya terbenam,
dah tiada siapa nak faham.

memang buntu,
tapi rajuk lebih kuat,
jauh lagi kuat dari kudrat.
aku bukan tuhan.
nk buang perasaan mcm buang angin dlm shopping mall.

May 30, 2013

finally.


I was in a jealous, insecure, pathetic place
Stumbled through the mess that I have made


I Finally got out of my own way
I Finally started living for today

I finally know I needed to grow

"And finally my mate has met my soul"


May 28, 2013

kunci emas : kunci kebebasan

ada tradisi melayu yang mana seorang bapa harus menghadiahkan kunci emas pada anak daranya.
pada usia 21.
sebagai tanda kunci kebebasan
sebagai tanda hidup yg mendatang
dan sebagai tanda dugaan yg bakal terhidang.

tapi sayang,
tradisi hanya tinggal tradisi.

tradisi hanya tinggal pada nama.
tradisi yang tiada makna.

sepatutnya pada usia 21 ni,
si penerima kunci emas bebas menggariskan warna hidup sendiri.
malangnya setelah usia 23 punnnnnnnn...
kunci emas tu hanya bernilai untuk dipajak.
keranaaaaaa....
kunci emas itu tadi xmampu 'unlock' padlock yang dimangga di kaki.

tapi usah gusarrr,
bukan saya seorang.

jangan risau,
sebab ibu bapa zaman sekarang telah moden.

kunci emas hanya untuk digadaikan andai kata dlm kesusahan.
dah ada duit nanti tebus lah balik.
tapi kau tetap duduk dalam sangkar.

sebab tu 2 tahun lepas,
ayahanda beta hanya menghadiahkan rantai emas,
tanpa kunci emasnya.
hebat x metaphora dia?

*kata nya kunci tanda kebebasan
tapi rantai tandanya anda tidak akan kemana2.
;))

*terseringai.

May 22, 2013

demi

i get so tired of living
satisfying other.

demi org lain,
banyak perkara terpaksa dilepaskan.

demi org lain,
banyak perkara yg perlu diubah.

demi org lain,
banyak perkara dilakukan,juga dikorbankan.

sehingga diri xlagi menjadi diri sendiri.

mana datangnya bahagia bila setiap perkara yg dilakukan xlagi ikhlas.
mana datangnya kelembutan bila setiap perlakuan adalah terpaksa.

bila masanya ada istilah demi diri sendiri?

penat.

penat cuba memuaskan hati semua.
penat cuba bernafas udara yg perlu dibayar dengan balasan setimpal.

dan tiada satu pun yg sedar bahawa diri ni xlagi tsenyum senang,
mcm dahulu.

semuanya plastik!

setiap kata,tutur laku,jenaka semua adalah utk membuat yang lain senang.
apa lagi yang tidak aku buat utk mereka tenteram.
mati mungkin?
siapa tahu kalau itu yg mereka mahu.

tahukah mereka yang manusia juga tahu erti penat.

terperangkap,terkurung dan xmampu disuarakan.
jgn salahkan aku jika aku xlagi kenal erti menjaga hati.





Apr 12, 2013

saya dan kerjaya


dengar nya mcm cliche kan?
tapi percaya lah,khabar xseindah rupa.


berdiri disini dan anda akan faham sendiri how the world works on the other side.



dan disini anda akan mula sedar adventure yg telah anda tinggal kan.



Jan 3, 2013

living through.

i hate people for reason,
most people do.....

and most of them is because they've been avoiding pain.
the pain in the ass as they called it.

same thing goes to me.
im a typical human with feeling.
typical human with typical vein system.
as long as blood is goin' through my vein,
i will react through my pain receptor.

somehow,
live must go on.
takdir tetap berjalan atas paksi dia.
no reason i could avoid it.
people will keep finding ways to get through my calmness.

and i shall stand here doing nothing.
like the old typical me.*heh

same old me in 2013.
it ain't gonna change a thing.

-end-

Jan 1, 2013

2012 in a glance.

new year, new resolution
2012 dah lama ke belakang.
dan 2013 kini menjelang.

kata orang xmungkin dan xperlu pandang ke belakang,
tapi kalau sekadar untuk menimbal balik segala khilaf,
xsepatutnya ada yang melarang.

tahun ini dan tahun lepas terlalu banyak yang kontra,
walau yang membezakannya hanya sehari.
macam tu juga hidup.
untuk terima yang kan datang,kita perlu beri sekarang.
hidup perlu ada tolak ansur.

walau kadangnya tolak ansur itu memenatkan,
dan memerlu banyak kesabaran.

apa yang perlu kita lakukan,
hanya perlu jadi diri sendiri,berubah atas diri sendiri.
tak salah menyenangkan orang lain,
cuma itu hanya akan memudaratkan diri.
xsalah untuk bertolak ansur tapi hanya kalau ia membuahkan hasil.

jika 2012 telah merubah anda menjadi seseorang yang bukan diri sendiri.
pastikan 2013 membuat anda balik ke asal,  seperti azali.

jangan pernah rasa bersalah untuk hidup di bumi hanya kerana ingin menyenangkan hati yg lain.

ini sepatutnya jadi azam 2013.;))

to be continued.....