ruang yang aku perlu adalah ruang untuk bebas melakar hati, baik di kanvas mahupun teknologi.

simplest thing i ever tell.

My photo
ke kiri kanan depan atau belakang, hasilnya tetap satu.

May 30, 2013

finally.


I was in a jealous, insecure, pathetic place
Stumbled through the mess that I have made


I Finally got out of my own way
I Finally started living for today

I finally know I needed to grow

"And finally my mate has met my soul"


May 28, 2013

kunci emas : kunci kebebasan

ada tradisi melayu yang mana seorang bapa harus menghadiahkan kunci emas pada anak daranya.
pada usia 21.
sebagai tanda kunci kebebasan
sebagai tanda hidup yg mendatang
dan sebagai tanda dugaan yg bakal terhidang.

tapi sayang,
tradisi hanya tinggal tradisi.

tradisi hanya tinggal pada nama.
tradisi yang tiada makna.

sepatutnya pada usia 21 ni,
si penerima kunci emas bebas menggariskan warna hidup sendiri.
malangnya setelah usia 23 punnnnnnnn...
kunci emas tu hanya bernilai untuk dipajak.
keranaaaaaa....
kunci emas itu tadi xmampu 'unlock' padlock yang dimangga di kaki.

tapi usah gusarrr,
bukan saya seorang.

jangan risau,
sebab ibu bapa zaman sekarang telah moden.

kunci emas hanya untuk digadaikan andai kata dlm kesusahan.
dah ada duit nanti tebus lah balik.
tapi kau tetap duduk dalam sangkar.

sebab tu 2 tahun lepas,
ayahanda beta hanya menghadiahkan rantai emas,
tanpa kunci emasnya.
hebat x metaphora dia?

*kata nya kunci tanda kebebasan
tapi rantai tandanya anda tidak akan kemana2.
;))

*terseringai.

May 22, 2013

demi

i get so tired of living
satisfying other.

demi org lain,
banyak perkara terpaksa dilepaskan.

demi org lain,
banyak perkara yg perlu diubah.

demi org lain,
banyak perkara dilakukan,juga dikorbankan.

sehingga diri xlagi menjadi diri sendiri.

mana datangnya bahagia bila setiap perkara yg dilakukan xlagi ikhlas.
mana datangnya kelembutan bila setiap perlakuan adalah terpaksa.

bila masanya ada istilah demi diri sendiri?

penat.

penat cuba memuaskan hati semua.
penat cuba bernafas udara yg perlu dibayar dengan balasan setimpal.

dan tiada satu pun yg sedar bahawa diri ni xlagi tsenyum senang,
mcm dahulu.

semuanya plastik!

setiap kata,tutur laku,jenaka semua adalah utk membuat yang lain senang.
apa lagi yang tidak aku buat utk mereka tenteram.
mati mungkin?
siapa tahu kalau itu yg mereka mahu.

tahukah mereka yang manusia juga tahu erti penat.

terperangkap,terkurung dan xmampu disuarakan.
jgn salahkan aku jika aku xlagi kenal erti menjaga hati.