ruang yang aku perlu adalah ruang untuk bebas melakar hati, baik di kanvas mahupun teknologi.

simplest thing i ever tell.

My photo
ke kiri kanan depan atau belakang, hasilnya tetap satu.

Feb 24, 2011

perginya seorang insan.

setiap hari kita mungkin akan berdepan dengan kehilangan,
samaada pergi yang masih di depan mata,
mahupun pergi yang mungkin takkan kembali.

dan hari ini seorang insan telah pergi.

mungkin yang pergi itu tiada tolok tanding nya,
tapi Allah itu Maha Adil,
Dia akan sentiasa menghantar pengganti,
mungkin yang lebih baik,lebih kecil, sebaya ataupun lebih tua.
dan yang datang itu masih sementara tapi tetap dengan hikmah.

Allah itu Maha mendengar,
aku tahu Kau telah perdengarkan rintihan ku,
agar mereka sedar perit hatiku Ya Rabb,
namun bukan pintaku ia digalang dengan satu nyawa,
bukan dengan cara itu mereka turut rasa sakit ku Ya Tuhan.




doa ku hanya satu,
"kau bahagiakan lah yang disekeliling ku Ya Rabb, selagi mereka hambamu 
walaupun bahagiaku yang jadi galang gantinya".
-azreena-

Feb 22, 2011

SW,soalan akhir

anak adam,
kau tahu ini ditujukan buat kau,
dan aku tahu ini bakal dibaca oleh kau.
dan memang dengan niat aku menulis ini,
agar rasa terkilan ku boleh kau jawab.

sejak dari kau 'walkaway' dengan penuh gaya tu,
kau memang dah rancang lama kan?

dan kalau kau pernah ada rasa belas,
dan harapan ku hanya ingin maruah ku tidak seperti ku sangka,
dan kalau kau tidak menganggap aku senang,
dan kalau kau masih ada perikemanusian,

aku tahu kau dengan semudahnya akan tangkap apa yang aku cuba ajukan.

jawab satu soalan yang lama tersimpan di benak ku,

nov semester break 2010,
kali terakhir kau jumpa ku,
kau telah pun tawar hati,
dan u did it on purpose right?
sebab kau tahu kau akan berlalu pergi tanpa menoleh,
kau merancang tu agar kau xterkilan kan?
kali terakhir itu, telah kau rangka awal bukan?


kalau betul apa difikiran ku,
aku doakan kau gembira atas apa yang telah tersurat.

Feb 18, 2011

peritku dan ku harap kau tahu.

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

*reblog from fauzie ishak.

Feb 16, 2011

tawar hati

people changed in a second,
no matter what they ever promised you,
they will changed in one tick of a clock,
whatever they said the efforts they have put into,
but they will always changed and never look back.
over and over again,
which left me in my very own deserted island..*cliche sangat.


dear Allah Almighty 
protect me and guide me,
to your love and your mercy,
Ya Allah, don't deprive me,
from your beholding beauty,
Ya Rabb, hear out my soul, my pain.
accept my plea.

sesungguhnya aku halimunan di mata kau,
ku ada dalam tiada,


mungkin lebih baik begini.

Feb 13, 2011

percubaan pertama.

aku,

masih sedang mencuba,

biar kenangan itu masih kembali,

biar tercarik,calar-balar,luka,berdarah,
pecah,meledak,bernanah,berparut,
berhenti berdegup,menangis tanpa air mata,
merintih tanpa suara, meraung tanpa kata,

hati ku yang satu itu,

aku tetap akan bertahan.

*masih lagi bertahan
13/02/2011  17:59

Feb 11, 2011

ext: kau yang ku nanti.

jawapan yang pasti telah aku jumpa,
sepantas itu kau berpaling,
sungguh pun atas salah ku itu belaku,
tidak kah kau sedar,
aku sikit pun xpernah berpaling atas salah mu.

tapi,
da terlalu lambat untuk aku berpatah,
aku cuba jatuh kan serendah2 martabat ku,
aku jatuhkan maruah ku, hati ku di kaki kau,
namun kau sewenang2 nya pijak,
kau hancur lumatkan hati ku,
dan cukup lah setakat itu.

sakit ku biar ku tanggung seorang,
cukup lah sekali aku hancur kan hati orang lain demi kau,
dan kau tetap begitu.

harapan ku kini hanya satu,
tuhan dengarkan rintihan ku,
tenang kan diri ku,
kuat kan kaki ku berlari,
jauh dari kau.

mungkin sekarang kau diatas,
mungkin sekarang kau mampu menggeleng kata kan ku xmatang,
tapi satu masa nanti kau akan faham,
yang kau telah berada dibawah saat ku siap kutip  hati ku,
satu masa nanti kau masih menggeleng tapi atas rasa sesal sia2kan ku,
untuk jumpa sepertiku sekali lagi,
itu xmungkin walau yang kau jumpa itu aku.

what u give u get back.

*kau bukan lagi disini.
02/11/11 1730