ruang yang aku perlu adalah ruang untuk bebas melakar hati, baik di kanvas mahupun teknologi.

simplest thing i ever tell.

My photo
ke kiri kanan depan atau belakang, hasilnya tetap satu.

Sep 29, 2011

hilang.

saya hilang seseorang yang berharga,
dalam seorang tu saya lepaskan dua orang.

sekarang saya masih seorang,
dan saya perlukan yang seorang itu.
tapi tuhan lebih berhak keatasnya.

maaf kan saya, nur azrin.
kalau awak masih di sisi saya hidup awak xkan lengkap.

yang sebenarnya tidak sanggup lepaskan hidupnya di tengah kejayaan,
yang ditipu berusaha kearah melengkap kan hidupmu,
dan saya sendiri, xmampu untuk berhadapan kemungkinan,

maafkan ku.
ini yang akan ku tanggung sepanjang hidup ku.
tanpa sedikit pun kenangan dari mu.

Aug 18, 2011

ramadhan terakhir azrin-18

sekali lagi,
xterdaya untuk ku usung langkah ku,
dugaan kau maha hebat Ya Razzaq,
tidak tertanggung hati ku.

sedaya upaya aku cuba manfaat jalan yang kau buka,
namun ia tetap xberhasil.

sekali lagi,
aku pohon pada mu Ya Ra'uf,
tunjuk kan aku jalan agar ku tidak tersesat,
beri ku ruang untuk ku bernafas,
kuat kan hati ku meghadapi dugaan ini.
kurang kan sakit ku untuk kesekian kalinya.

sekali lagi.

Aug 17, 2011

ramadhan terakhir azrin-17

masa ku suntuk,
walau ku harap waktu berhenti berdetik,
namun ia emas yang xmampu ku bayar.

demi masa,
beri ku peluang Ya Rabb,
untuk ku terus bernafas.

izin kan aku Ya Khaliq,
temukan aku dengan penghujung ramadhan yang telah aku mulakan,
walau ku tahu ia mungkin yang terakhir.

*lama xmeng-update.

May 28, 2011

kisah hati kau,aku,dia dan mereka.

hey, dah lama rasanya xmenulis.
bukan apa, cuma terlalu banyak benda yang jadi.
at some point, i think i have learned enough.
but that is a NO NO in life right?

memang hidup ajar banyak benda,
macam mana roda berputar,
macam mana ada orang yang turut rasa apa yang kita rasa,
and macam mana perasaan tu kadang2 datang dan hilang dalam sekelip mata.

i've been listening and observing about love this past few weeks,
and it end up with an incident or a solution that i purposely called
KARMA.
bahagianku telah hampir berakhir, bahagian kau belum tentu lagi.;)

tapi satu je,
perasaan xpernah sekali pun boleh dipaksa,
kalau rasa tu xpernah ada sampai mati pun tetap akan begitu,
dan kadang2 perasaan tu hadir hanya sebagai penghibur seketika,
yang mana akhirnya,
tetap sedikit atau lebih menyakitkan.

dan nun yang jauh di Atas sana,
tidak akan pernah sesekali pun kurnia kan satu perasaan tanpa sebarang hikmah di depan,
kita hanya mampu merasa dengan izin Nya.
kita tetap pelakon yang cuba menjaya kan watak,
suka, duka, liku, pedih, gelak, tawa dan tangis,
tapi pengarah nya tetap yang nun jauh di atas.

mungkin bukan sekarang jodoh tu sampai.
mungkin perasaan tu bukan milik kita,
mungkin kita bersama nanti di atas sana,
siapa tahu?
for now, Que sera, sera.
*let it be what it be.

May 11, 2011

kisahku,mastermind

kisah ku,
seperti novel,
yang perlu penceritaan terperinci,
dari prolog,klimaks hingga ke epilog.

kisah ku,
seperti satu permainan,
perlu strategi yang teratur,
bukan setakat membuka satu dua langkah,
dan buka satu dua buah,
akan terus menang.

dan jika ini adalah game pointnya,
tahniah!
kau menang.
kerna aku xbijak mengawal 'game' yang kau atur,
rentak kau terlalu laju,
bunga silat kau terlalu tegap.

tunggu!,
ini adalah game aku yang kau ulang,
strategi aku yang kau guna,
bukan ke begitu?

dan hairan,
aku kecundang sebagai mastermind.

May 7, 2011

thinkin'

hey,
im thinking about leavin' world in peace,
leave everything i've got,
forget everything i had,
coz i am not the same as i used to be,
im not the cheerie girl used to laugh at ur face,
im not the girl who would smiling to every single person passed me by,
and im not the most positive one u ever met.

kaki ini dah xkuat untuk melangkah,
rasanye dah cukup sampai sini,
rasanye dah cukup untuk cry heart out,
rasanya dah cukup banyak aku cakap untuk kalian sedar,
dan rasanya hati ni dah xtertanggung lagi
untuk meet all the requirement u guys has set for me,
kalau dulu,apa sahaja harapan kalian akan aku cuba tunaikan,
tapi sekarang untuk lakukan itu aku xmampu.

maaff, harapan tu dah acap kali aku lakukan,
dan harapan itu cara aku balas jasa kalian,
tapi sekarang aku xsanggup lihat kalian hampa,
demi harapan yang xtertunai,
terima kasih dan maaf untuk bertindak kasar,
aku xkuat untuk menanggung perit ini.
arasnya terlalu tinggi untuk aku.

never say never versi melayu.

ade sesetengah perkara yang kita xdapat nak ungkap,
dan lebih baik kita tunjuk,
terus kan senyum tu,
walau kita sayang dan benci berulang kali,
tapi tu je masalah kita.

sepanjang masa kita pernah ada ni,
kita xpernah mampu untuk menidakkan apa yang jadi antara kita,
kenapa jadi macamni, kita xpernah tau bila benda ni sume jadi,
setiap kali dan setiap masa,
kita berlagak berpikir macam budak2 dari yang sepatutnya.
jangan sesekali lepaskan diri ni.

aku selalu bayang kan 'kau lah segalanya'
sejauh mata boleh melihat yang zahir,
demi kau,
aku lakukan apa saja untuk lindungi kau,
bila kau dah xmampu nak hadap seorang,
aku bantu pulihkan keadaan.

dan kau xkan mampu kata tidak,
tiap kali aku datang,
dan jangan sesekali lepaskan aku.

kita terpisah,
tapi kembali bersatu berulang-ulang kali,
dan mula menjauh,
tapi tetap harungi bersama dan xpernah terlepas,
masih bersama untuk kesekian kalinya.

jangan lepaskan ku pergi.

*cliche kan lyric ni?.songs will always be a fairy tale for loving hearts.;)
vc die pasal  person separated in a some kind of war.here's the link.never say never-fray

Apr 23, 2011

final countdown.

guess what?
im about to finish my diploma soonnn..
in three days.

of course i'll be delighted to end my final exam A.S.A.P,
but still my last paper has take my courage away,
im not sure how and what to do,
whatever comes i still have to finish it with pride right?

enough with the regret,
soon kita semua akan habis diploma,
my classmate i mean,
sedih rasa nya lepas 3tahun we go through up and downs together,
mungkin perangai saya xberapa menyenang kan hati korang,
but please remember,
that im thankful for having you guys as part of my three years life here,
plus, i will always pray for the best of you.

"wahai angin, sampai kan salam ku pada mereka,
pinta maaf ku,
agar mereka tahu bahawa,
setiap matahari yang memancar itu ibarat perlu ku terhadap mereka,
setiap bulan yang mengambang itu seperti ingatan yang sentiasa menghantui ku,
dan setiap ombak yang menghempas itu ibarat suara mereka yang terngiang di telinga ku,
dan mereka pada ku sepanjang masa ini,
ibarat fajar yang menyinsing di kaki timur dan hilang di ufuk barat,
hari-hari ku dipenuhi mereka.
dan bagai bintang yang suakan petunjuk arah tika aku sesat.
ouh anginn,
satu lagi,
tolong ucapkan pada mereka,
terima kasih untuk semua nya".

Apr 16, 2011

berjimba bersama kesayangan.

semalam i have a bfast-lunch-dinner date with hommies,
just to ease the tense before final exam,
and we all galak memancing camera,
and mari kita lihat perangai masing2.
  1. bila semua orang dah mula lapar,amek gambar pun xmahu.cukup setakat 1.





2. pastu bila dah kenyang baru lah camera ni mula function semula.





3.ini pulak bila dah abes 2nd round punya makan,gigih lagi bergambar semata2 nk buang isi perut.

 

4. masing buat perangai,bila lapar carik makan,bila kenyang buat main makanan tu.;)


 
5. GO FAKERSSSSS!!..hebat kami x berlakon?;D








6.da penat beli make up ape guna x try kan?mari lihat hasilnya,lookbook sangat.













7. ini fasha sandha umah kami bersama fazzy mayuki.








8.dan ini aksi terakhir untuk hari semalam.....

Apr 14, 2011

rebah ke bumi.

hey, guess what?
mereka yang sepatutnye telah pun menerima bahagian mereka,
tapi aku jugak semakin xberdaya,

kaki ku xlagi mampu untuk terus berdiri,
mentality ku juga semakin lemah,
dan aku juga sudah mula rebah ke bumi,

pada yang punya high expectation terhadap ku,
maaf!
aku xmampu lagi jadi hipokrit berlagak kuat,
hakikatnya aku telah pun jatuh melutut ke bumi,
di belakang kalian.
.end.

maaf, tapi aku xmampu untuk teruskan layar perak ni,
sudah tertulis dalam skrip ku dari azali untuk jadi seperti ini,
dan aku sesungguhnya redha,
kerana ini ketetapan pengarah ku,



pengarah yang nun jauh diATAS!

Apr 11, 2011

khilaf ku.

few days back,
i have made a mistake,
mistake that i couldn't deny,
mistake that took me some time to recover.
and it reminds me to the past that i couldn't erase,
it reminds me to where i belong.

walkaway penuh gaya tu,
itu dugaan kah ya Rabb?

haluan ku yang xlagi lurus,
dugaan kah agar aku kembali ke jalan kau?

the 'nerve waking' night i had,
itu peluang kah yang kau bagi untuk aku sedar?

segala memori dalam khilafku waktu itu,
segala perasaan ku lalui tika khilaf ku,
hilang ingatan yang sebentar itu,
itu ingatan kah buat ku?

memori dalam memori,
waktu yang terasa perlahan,
setiap pergerakan ku mengejutkan saraf tunjang,
deja vu dalam setiap perlakuan,
imbasan layar bagai shutter speed rendah,
mulut yang xhenti menuturkan tanpa sedar,
aku seakan terlupa bernafas,
aku seakan berhenti bernafas,
aku seakan berhalusinasi,
berat kepala ku seakan ingin melepaskan segala memori yang xtergapai,
segala kekuatan yang aku cuba pertahan kan,
segala ketabahan yang aku cuba tekan kan,
dan aku sedar yang aku sememangnya lemah di dalam,
dan akhirnya aku hilang dalam sedar ku,
aku sedar dalam tidur ku,
tidurku melayang kan segala memori.
dan khilaf ku xmungkin aku putarkan semula.

ampun ku panjat kan atas khilaf ku ya Rabb,
khilaf ku which remain in my blood,
khilaf ku yang aku sesal,
khilaf  yang buat aku tersadai xbernyawa,
khilaf ku yang tidak membawa sebarang kebaikan untuk ku.
ya Rabb, permudahkan perjalanan ku kepada kau,
aku telah sedar dalam peringatan kau beri kan.

Apr 8, 2011

my one and only talent.

aku takde talent lain,
selain observed orang and buat orang sedih,
bukan lah satu kebanggaan tapi itu lah yang sebenarnye.
but somehow, a few people seems to realized that i have no talent in berterus-terang at ALL,
espcecially when it come to heart and soul and feeling too.

Shasha Hakem

as i said ealier,this is ONE of people that seem to realize.
she might not spending to many time with me,
but a few shot that she tried,
hit the BULL's EYE!
dear friend,bukan niat hati ni nk buat awak sedih,
tapi itulah hakikat.
mungkin diri ni nampak perfect,kuat,tabah and never seems to care,
tapi aku jugak punya hati untuk rasa,
mata untuk pandang dan lihat keliling,
saya xpandai nak express what i feel through words that is well spoken,
sebab nanti maksudnye akan jadi lain.
jadi menulis adalah satu jalan lain.
and thanx for realiazing that im this kind of people,
which others xpernah faham cara ku.;)


there is another person that seem to look up upon me,
that put me as one of the bravest he ever known.

hafeezi razikin
he once said that,
"ko wanita yg gigih za yg pernah aq jumpa"
thanx,
tapi jangan sanjung aku terlalu tinggi,
takut nanti lupa diri,
i've made mistake dan sebab kan itu aku jadi gigih.
kalau aku diletak kan di tempat teratas,
aku takut satu hari nanti aku akan rebah ke bumi,
aku jatuh dan xmampu bangkit lagi,
sekaligus hancurkan expectation kau,
macam aku pernah cakap,
hidup ni akan sentiasa diduga oleh sang pencipta,
cuma dugaan sekarang masih mampu aku tanggung,
dan yang hadapan belum tentu lagi.


dan aku juga punya seorang yang aku letak kan diantara yang tertinggi,

hatta jasmi

reason why is this guy antara yang diatas,
sebab jalan hidup dia yang buat aku sedar,
aku seorang yang sangat beruntung,
dan he struggle for improvement,
yang mana aku respect orang macam ni.
tapi kau harus tau, 
tangis ku bukan kerana aku sedih akn perlakuan kau,
tapi aku marah atas apa yang kau lakukan,
dan marah ku bukan untuk aku luahkan.
sangkaku kau berbeza dengan yang tipikal,
tapi ternyata kau terpengaruh dengan yang tipikal.
tangis ku bukan kerana aku tangisi engkau yang terpengaruh,
tapi tangis ku kerana aku kecewa,
kau yang aku sanjung tidak memahami ku.



dan aku sedar,
aku mungkin xsesempurna hawa yang sentiasa lengkap adam,
aku xmungkin akan sesempurna Muhammad s.a.w yang selalu pandu umatnya,
tapi aku yakin,
aku akan terus tegak berdiri selagi diri ini mampu
walaupun dalaman ku benar-benar rapuh,
agar kalian xturut rapuh melihat ku rebah suatu hari nanti.



Apr 6, 2011

tipikal friend of mine.

hari ni kita belajar pasal satu benda yang paling penting sekali dalam hidup,
which is tentang kawan2.

normally we gonna have kawan senang ATAU kawan susah.
jangan salah faham tapi itu dua perkara yang berbeza.
xpernah sekali dalam hidup seorang manusia pun yang wujud kawan susah dan senang,
yang ada hanya IBU dan BAPAK.

based on my personal experience,
kawan2 ini akan hadir demi memporak peranda kan perasaan yang semakin pulih,
demi mencerca pilihan,
tapi aku ada satu soalan untuk semua jenis kawan yang seperti ini,
"mana kalian waktu aku jatuh xmampu bangun demi melihat hati ku berderai dan hilang?"
boleh jawab?
xrasa bersalah ke berperangai macam ni?

aku gagah kan kaki sendiri demi bangkit dan cuba berlari,
aku tembok kan muka demi mengutip cebisan hati yang kalian pijak,
aku buta kan mata dari melihat senyum sinis yang kalian lemparkan,
aku pekak kan telinga dari mendengar bisikan kalian yang bahagia tertawa kan ku,
dan hakikatnya aku jadi bahan untuk buat kalian bahagia,
aku redha kalau itu ketetapan ku.

tapi mana kalian waktu aku memekik meraung meminta tolong dalam diam?
mana kalian waktu aku kesakitan menanggung perit?
dan mana kalian waktu aku hilang arah tanpa tempat berpegang?
apa yang kalian mampu waktu itu hanyalah menyalah kan ku tidak terima hakikat.
tanpa rasa sendiri peritku.

dan kalian tiada hak untuk caci perlakuan ku sekarang,
memikirkan nya pun bukan hak kalian,
hanya 4 nama yang mampu pertikaikan keputusan ku,
Nadiah Nadirah,Nor Hasnida,Hafeezi Razikin dan Syafiq Zamri.
hanya ini yang boleh berkata tentang ku.
bukan kalian!
dan aku kecewa kalian xpernah sekali pun berubah.
dan ingat,
roda ini akan sentiasa berputar,
dan bahagian kalian akan tiba.

Apr 5, 2011

He's gay.

he's nice,

he's sweet,

he's kinda cute,

but......

he's GAY.

*wink.;)

kemana-mana dengan sijil di tangan.

tajuk entri might sound a lil' riak or takbur or whateverrr..
tapi tulah nak cakap ni.
semester ni pegi mana-mana bergambar mesti dengan sijil kat tangan.

bukan nak riak tapi nak bagitau,
sebenarnya sijil tu sijil yang sama setiap gambar!.
yelah,ni sume pasal kes "uitm cut budget tahunan."
dia ulang2 je sijil tu,
lepas bagi mintak balik,pastu bagi balik,pastu mintak balik sampai lah ke sudah.
hakikatnye sijil tu SATU jeeeee..

jom kita tengok!



ini masa dinner anugerah dekan.masa ni time betul2 dapat sijil baru.kira first time bagi.
ini dinner course.my sijil ada pada nina(sebelah kanan),ini sijil yg kat atas tadi dorg mintak balik dan bagi semula.*sigh



ini pre-convo.ni pun cerita sama.bagi mintak dan bagi semula.tak tau nak mengeluh macam mana dah

em.ini sijil yang kat atas tadi.tapi mestilah..sebab event yg sama.;).tapi muka tetap riang dapat amek gambar.HAHA.


jadi mak ayah kat rumah sila bangga ye!,
walaupun dapat SATU sijil jeee.;D

Apr 3, 2011

crush on gay part two

sometime gay have the most criteria on my list!

and this particular gay make me cross the list.

  1. seorang yang soft spoken
  2. do less violence
  3. funny
  4. suuwwwweeeettttt!!
  5. nice
  6. wear cloths wisely
  7. doesnt look like a gay (which tricked me)
  8. straight
  9. have a crush on me too!.
nampak tak macam mana jauh gay ni boleh pegi?
*hehehe

*jangan tanya lagi.just get the point ok!

Apr 1, 2011

crush on gay.

tak tahu macam mana boleh jadi,

tapi rasanya...


i have a crush on this particular gay,
titik!


jangan tanya banyak.;)

culture shock si puteri hawa.

kenapa culture shock sangat?
bukan patutnye berubah kepada yang lebih baik ke?
haih la anak hawa.

oh silap!
kau mungkin xingin dipanggil anak hawa,
sebab x up to date,
tapi kau lebih rela dipanggil daughter of Eve,
sebab lebih barat,
bukan begitu?

sekarang baru diri ni faham,
mungkin dulu sesetengah meklasifikasi aku sbgai 'sosial',sebagai kau,
over acted or over react dengan kaum lain jenis,
dan sekarang aku lihat layaran aku yang dulu.

tanpa segan berpapasan,
tanpa silu berdekatan,
dan mereka yang pergi dari ku kerana aku begitu dulu,
kini berdamping dengan orang seperti ku yang dahulu.
aku pula yang malu memandang.
nampak tak roda dunia?

sila hold on to someone better,
sila hold on to someone that can guide u,
kau punya mereka yang mengharapkan kau di alam sana,
yang harapkan bacaan untuk padamkan azab disana.

aku hanya melihat dari jauh dan harapkan bahagia,
jangan berdamping dengan culture shock,
dan menambahkan catitan di bahu kiri.

aku juga sedang berubah kearah lebih baik sedikit demi sedikit.
dan demi ku sendiri,
agar diterima di bahu kanan ku oleh Pencipta ku.

Mar 30, 2011

the ugly truth about a guy

lewat malam semalam secara xdisengaja kan,
ade terbukak satu topic about typicall guys.
dan mesti seorang perempuan akan terfikir ini,
"what the HELL is HE thinking?"
and here's a the ugly truth tentang seorang anak adam.

theory satu:
antara yang baik budi pekerti dan cantik perwatakannya,
seorang anak adam akan memilih yang cantik berbanding yang baik,
xkira macam mana baik sekali pun.
dan xkira macam mana buruk perangai si cantik tadi.
seorang anak adam tetap akan memilih yang cantik!
nak tau kenapa?
sebab mereka ada satu prinsip dimana phrasa in akan diaplikasikan.
"cantik tu semulajadi, perangai bila-bila boleh berubah"

setujuuuuu?
hmmm..tepuk dada tanya diri.;)

theory dua:
situasi yang lebih kurang sama,
dimana cantik dan tanggungjawab dipertaruhkan,
dan anak adam tetap memilih yang cantik,
kali ini atas alasan belum bersedia untuk bertanggungjawab.
dan juga lelaki lambat matang.

logik tak?
fikirrrrlahhhhh.;)

theory tiga:
seorang anak adam tidak akan sekalipun pernah meninggalkan perempuan,
melainkan dia punya 'distraction' lain,
dalam makna lain perempuan lain lah.
dan based on 'at the moment' life experience yang tuhan tunjukkan.
mungkin benar, dan mungkin salah.
dari persepsi anak adam tadi,
itulah kenyataan.
dan alasannya, seorang anak adam akan rasa bersalah untuk meninggalkan
dan seribu satu alasan boleh dihilangkan dalam sekelip mata,
tanpa seorang perempuan lain.

betul tak?


*ini adalah hasil diskusi bersama a "typicall guy".

Mar 15, 2011

tertarik perhatian pulak!.

actually entri ni xpenting pun.
cume nak meg-update bende ni kat fb macam looser je.
*hehe.

tapi lagu ni definitely cacthy,
bukan cacthy mcm cacth heidi tu,
tapi it cacth my attention.
lirik die macam ni,

"Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu"
 
 
there's a lot of story behind it,
there's a lot of feeling lies in between,
and there's a lot of memories flash through,
but still this what i pray and hope for those whose related,
whose ever been in my life,my heart.

baik-baik okay sayang?  ;)

Love,
azreena.



P/S: definitely for karaoke untuk para kaki la.

Mar 8, 2011

titik mula di akhir semester.

Al-Bariqa


few days back, my faculty was having an event as my course assessment.
the theme was shopping mall and it was a blast for me, at least!

xperlu kuarkan modal, dengan niat tolong orang,
alhamdullillah, ade la sikit...

but these are the list of dosa kering sepanjang tu,

  1. tipu sane sikit,tipu sini sikit,
  2. cakap orang cantik,cakap orang lawa walaupun sebenarnye.....(ni kje shasha hakem)
  3. duduk2 mengumpat orang
  4. gelakkan orang
  5. jual baju sexy2 walaupun theme muslimah
  6. pakai yang xmelambangkan muslimah langsung.;)
  7. banyak lagi lah kalau nak sambung.
pendek kata, memang kena duduk mintak ampun dengan tuhan.
tapi there's still good from the bad thing.

we learn,we eat,we laugh,we work,
all of it together,
doesn't it mengerat kan lagi silaturrahim?
dari xkenal jadi kenal da.
bussiness ke banking ke da xde da.

plus, nak jugak tunjuk hasil tangkapan untuk 3 hari tu..

wif nina hasnida, sume orang heboh nak pakai gelang rantai bagai.;)
malam perasmian wif nadiah nadirah,our model a.k.a american next top model cycle '1082,lendu'.;)

the hakka boys in formation.nyanyi lagu ulik mayang yang xboleh blah. haha!

wif jiran sebelah leez,nasir je xde,shasha dengan rantai die. and hafeezi is the most hansom guy in town pulak.;)

nadu da tukar course and we win the best group 'everrrrrrrrrr'(over tau) in fpp mall. plus hafeezi cuba jadi macam g-kat with the gigi stuff.


our model, nadiah nadirah wearing kurta.(plus kecantikan nadu dapat kalah kan si cantik utk jadi model kitorang)



Feb 24, 2011

perginya seorang insan.

setiap hari kita mungkin akan berdepan dengan kehilangan,
samaada pergi yang masih di depan mata,
mahupun pergi yang mungkin takkan kembali.

dan hari ini seorang insan telah pergi.

mungkin yang pergi itu tiada tolok tanding nya,
tapi Allah itu Maha Adil,
Dia akan sentiasa menghantar pengganti,
mungkin yang lebih baik,lebih kecil, sebaya ataupun lebih tua.
dan yang datang itu masih sementara tapi tetap dengan hikmah.

Allah itu Maha mendengar,
aku tahu Kau telah perdengarkan rintihan ku,
agar mereka sedar perit hatiku Ya Rabb,
namun bukan pintaku ia digalang dengan satu nyawa,
bukan dengan cara itu mereka turut rasa sakit ku Ya Tuhan.




doa ku hanya satu,
"kau bahagiakan lah yang disekeliling ku Ya Rabb, selagi mereka hambamu 
walaupun bahagiaku yang jadi galang gantinya".
-azreena-

Feb 22, 2011

SW,soalan akhir

anak adam,
kau tahu ini ditujukan buat kau,
dan aku tahu ini bakal dibaca oleh kau.
dan memang dengan niat aku menulis ini,
agar rasa terkilan ku boleh kau jawab.

sejak dari kau 'walkaway' dengan penuh gaya tu,
kau memang dah rancang lama kan?

dan kalau kau pernah ada rasa belas,
dan harapan ku hanya ingin maruah ku tidak seperti ku sangka,
dan kalau kau tidak menganggap aku senang,
dan kalau kau masih ada perikemanusian,

aku tahu kau dengan semudahnya akan tangkap apa yang aku cuba ajukan.

jawab satu soalan yang lama tersimpan di benak ku,

nov semester break 2010,
kali terakhir kau jumpa ku,
kau telah pun tawar hati,
dan u did it on purpose right?
sebab kau tahu kau akan berlalu pergi tanpa menoleh,
kau merancang tu agar kau xterkilan kan?
kali terakhir itu, telah kau rangka awal bukan?


kalau betul apa difikiran ku,
aku doakan kau gembira atas apa yang telah tersurat.

Feb 18, 2011

peritku dan ku harap kau tahu.

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

*reblog from fauzie ishak.

Feb 16, 2011

tawar hati

people changed in a second,
no matter what they ever promised you,
they will changed in one tick of a clock,
whatever they said the efforts they have put into,
but they will always changed and never look back.
over and over again,
which left me in my very own deserted island..*cliche sangat.


dear Allah Almighty 
protect me and guide me,
to your love and your mercy,
Ya Allah, don't deprive me,
from your beholding beauty,
Ya Rabb, hear out my soul, my pain.
accept my plea.

sesungguhnya aku halimunan di mata kau,
ku ada dalam tiada,


mungkin lebih baik begini.

Feb 13, 2011

percubaan pertama.

aku,

masih sedang mencuba,

biar kenangan itu masih kembali,

biar tercarik,calar-balar,luka,berdarah,
pecah,meledak,bernanah,berparut,
berhenti berdegup,menangis tanpa air mata,
merintih tanpa suara, meraung tanpa kata,

hati ku yang satu itu,

aku tetap akan bertahan.

*masih lagi bertahan
13/02/2011  17:59

Feb 11, 2011

ext: kau yang ku nanti.

jawapan yang pasti telah aku jumpa,
sepantas itu kau berpaling,
sungguh pun atas salah ku itu belaku,
tidak kah kau sedar,
aku sikit pun xpernah berpaling atas salah mu.

tapi,
da terlalu lambat untuk aku berpatah,
aku cuba jatuh kan serendah2 martabat ku,
aku jatuhkan maruah ku, hati ku di kaki kau,
namun kau sewenang2 nya pijak,
kau hancur lumatkan hati ku,
dan cukup lah setakat itu.

sakit ku biar ku tanggung seorang,
cukup lah sekali aku hancur kan hati orang lain demi kau,
dan kau tetap begitu.

harapan ku kini hanya satu,
tuhan dengarkan rintihan ku,
tenang kan diri ku,
kuat kan kaki ku berlari,
jauh dari kau.

mungkin sekarang kau diatas,
mungkin sekarang kau mampu menggeleng kata kan ku xmatang,
tapi satu masa nanti kau akan faham,
yang kau telah berada dibawah saat ku siap kutip  hati ku,
satu masa nanti kau masih menggeleng tapi atas rasa sesal sia2kan ku,
untuk jumpa sepertiku sekali lagi,
itu xmungkin walau yang kau jumpa itu aku.

what u give u get back.

*kau bukan lagi disini.
02/11/11 1730